Salam kepada semua. Memandangkan ramai yang PM dan Whatsapp saya tanya tentang Honda Stepwagon Spada 5th Generation ni, saya karanglah skit info² sharing tetang serba skit yang saya tahu sepanjang saya guna kereta ni.
Model Serena, Voxy, Noah, Stepwgn dan sesaiz dengannya berada dalam kategori MPV segmen D.
Saya hanya boleh bagi review dengan perbandingan antara serena c26 dan stepwgn spada rp3 sbb saya dah merasa kedua² kereta tu.
Serena dan Stepwgn dari segi saiz tak banyak beza pun. Hanya lari 1 – 2 inch shj panjang dan lebar. Serena 2000cc dan stepwgn 1500cc. Jadi dr segi roadtax, stewgn bayar rm120 shj dan 2.0 ke atas pastinya rm400 ke atas. Serena guna 2 bateri (1 utk enjin, 1 lg utk smart hybrid:start stop) & stepwgn guna 1 shj bateri (utk enjin dan start stop function). Minyak enjin still sama 4 ltr (harga bergantung pada pilihan minyak). Minyak gearbox serena lebih mahal dr stepwgn (wajib tukar di service center utk pastikan ketulenan sbb minyak gearbox sgtlah sensitive). Gearbox stepwgn ni dah ada filter mcm sesetengah model mpv lain. Kena tukar setiap 100k KM dengan o ring.
Dari segi driving pleasure, saya lebih suka kepada stepwgn. Walau serena yang saya guna dulu adalah CBU, still ada bunyi angin dan bunyi kecil². Utk stepwgn so far tak ada masalah tersebut. Mungkin juga saya bias kpd Honda sbb dah 20 tahun lebih saya pakai Honda dan serena tu adalah 1st Brand lain yg saya guna.
Dari segi handling, saya lebih sedap bawa stepwgn. Cruising dan cornering mantap. Mungkin sbb stepwgn saya dah dipasang di jepun lagi dengan absorber adjustable Tein Flex Z. Untuk Stepwgn yg stock absorber, sorry saya x berani nak review. Tapi kedua2 kereta yg saya pakai ni memang akan bergoyang sikit (dpt rasa) bila selisih dengan lori² besar pada kelajuan yg tinggi.
Next fuel consumption pula, on paper pon dah tahu 2.0 akn consume more fuel. 3 tahun saya pakai serena, saya dpt rasa fuel consumption makin meningkat. Mungkin enjin² 2.0 begitu peelnya bila semakin bertambah tahun, sbb kereta² besesaran 2000cc yg saya pakai sebelum ni pun mmg mcm gitu. Stepwgn ni pulak saya rasa save minyak…mungkin sbb 1500cc kot. Mana taknya, saya isi minyak Ron 97 full tank (dlm rm120) dr Kuantan balik kampung ke Penang, 5 org dlm kereta fully load dgn beg + brg, lalu ikut genting, sampai ke penang masih ada 4 bar lagi minyak. Bagi saya, itu cukup save.
Horsepower Stewgn pada enjin L15B adalah 148hp walau hanya 1500cc dan torque 203 Nm yang dipacu oleh Turbo tu. Tapi turbo tu hanyalah soft turbo saja, utk acceleratekan kereta dengan kuasa tambahan dengan lebih cepat. Enjin ni masih dikawal oleh iVTEC. Jadi, utk memotong dan naek bukit so far tiada rasa berat. Steady ja…tapi kena lah offkan eco mode tu. Atas highway, paling laju saya pernah tekan 175km sbb masa tu emergency. Selainnya saya bawa santai aja atas highway cruise at 120-140km/j. Boleh buat self calculation dengan membandingkan horsepower Serena C26 adalah 123hp pada enjin 2000cc. Honda claim Stepwgn boleh reach 12-16km/l tapi everage driving saya dpt 12-13km/l saja..masa guna serena dulu saya dapat dalam 10-11km/l, tak reach mcm nissan claim 15km/l. Above all, sebenarnya fuel efficiency ni bergantung how heavy your foot on paddle minyak tu.
Model ni ada beberapa variant; stepwgn biasa G spec, spada, spada cool spirit, spada black edition, spada hybrid 2.0, spada HEV dengan pilihan tambahan kit aksesori modulo x atau mugen dan juga aftermarket concept spt nobeless dan silk blaze. Aksesori Mugen ada ja yang baru, boleh beli direct jepun tapi harga yahudi gila. Mcm saya beli thru auction dan online direct drp jepun. Saya main brg2 second hand saja tapi kena pandailah tgk harga barang dan bila smpi Malaysia refurbish balik. Brg jepun pakai ni majoritinya gred sgt baik. Kalau ada rosak atau x cukup part, seller jepun akn bagitahu siap2. Barang online ni x mahal mana, tp postage dalam jepun tu yg mahal…klu postage ke Malaysia lagi lah mahal. Saya kira untunglah ada kenal runner dan syarikat guna kontena utk bawa balik part2 yg saya beli tu. Mcm sport rim Mugen tu saya beli online siap tayar, kos pos dalam jepun dan bawa balik Msia dengan kontena saya masih save half klu beli dr runner di sini.
Spare part saya kurang risau sbb rata2 kereta honda ni dia akan kahwinkan part² dr model² seangkatan tahun dengannya. Contoh lepas setahun saya pakai, both my condensor and radiator fan motor kong. Saya buka motor tu bawa pi spare part dan dpt brg ganti, sama dengan moto jazz. Sama juga brake pad, klu pegi kedai nak cari yang stepwgn punya mmg x dpt lah, so lepas bagi sample brake pad asal rupanya sama dengan civic fd1 dan accord 2.4. Pernah juga ada recall by honda japan kena tukar master brake cylinder, tp sebab kereta ni tak dibawa masuk oleh Honda Malaysia makan part tu tiada dlm stock di malaysia. Alhamdulillah, saya dpt manage beli part tu baru dlm kotak direct drp jepun dgb bantuan kawan runner di sana.
Sport rim boleh masuk maximum saiz 19 inch tapi kena pakai tayar nipis siri 30 dan rim kena pastikan offset +50 ke atas. Sebab kereta saya ni smpi dr jepun mmg guna rim 19. Tp saya x advice pakai rim 19 sbb keadaan jalan kita. Saya tukar pakai rim 17 lepas tu kemudian upgrade ke 18 sbb dpt ori mugen spec utk kereta ni. Tak ganggu pun fuel consumption.
Dari segi design, saya suka sgt sbb lawa…tidak petak sgt dan tidak juga curve sgt…yg paling unik dan antara faktor saya beli adalah ‘waku-waku’ door. Means ‘exciting door’. Mmg banyak memudahkan loading dan offload brg. Interior so far menggabungkan design petak dan curve. Banyak aksesori honda access sebenarnya. Siapkan duit saja..saya masih lagi dok kumpul brg2 interior spt foot light, room light dan pillar light. Klu pasang ni dalamnya nnt akan jadi mcm interior executive lounge vellfire. Bumbung tinggi, so kalau org dewasa nak berubah tempat dr belakang ke depan tu boleh sgt² lah sbb wife saya selalu buat mcm tu. Kepala x sangkut bumbung dan tak perlu bongkok teruk utk ke row belakang.
Mungkin ada info yang tak tepat, tapi sharing ni adalah berdasarkan pemahaman dan pengalaman saya sendiri.
Review by
Mohd Fahrur Chaq
1st Unit Stepwgn Spada RP Owner in Malaysia
0194564564